Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Perempuan yang Baik-baik dalam Al-Quran

Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna. Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS. Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS. Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.  Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini  sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia. Perempuan yang Baik-baik dalam Al-Quran Syaari Ab Rahman RM35 tak termasuk pos Untuk dapatkan naskhah ini, boleh pm ke: Facebook Hif Book Store Instagram @hifbookstore

Lelaki yang Hebat-hebat dalam Al-Quran

Lelaki yang Hebat-hebat dalam Al-Quran Syaari Ab Rahman Sinopsis Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat. Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi. Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya. Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya. Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran. Untuk da...

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan

Hasrat membeli kereta terpaksa dilupakan. Dia perlu membayar yuran universiti adiknya. Puluhan ribu komisen diperolehi melalui jualan lot tanah.  Namun, duit itu digunakan untuk membina rumah ibu dan ayahnya.  Beliau juga membiaya pengajian 18 orang pelajar miskin dari Kemboja.  Benarlah janji Allah. Dengan SEDEKAH IKHLAS, Allah melipatgandakan pahala serta keberkatan rezeki kita. RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN Mohamad Azlan Al-Amin RM35 tak termasuk pos UNTUK MEMBELI, KLIK SINI  dan hantar pesanan🌷 #rahsiapengutipsampahjadijutawan #ejentanah #ejenhartanah #sedekah #rahsiajutawan #motivasihidup #motivasi

Urus Rumah with Hani

Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat. SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​ #KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan. Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya. Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.   Bagi kita bila mendengar orang menulis tentang ‘Tip Mengemas’, ‘Cara Susun Perabot di Rumah’ mungkin biasa bagi kita.  Tapi bagi sesetengah orang, mengemas juga ada falsafahnya yang tersendiri. ...