Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Kembara Menuju Allah, Buku Terbaharu Ustazah Asma' Harun

ANDA PEMINAT USTAZAH ASMA' HARUN? Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah. Ustazah Asma Harun 36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah. Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej...

Fahami Bacaan dalam Solatmu

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum. Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan...

Kombo Buku Ustaz Ebit Lew

Buku-buku terbaik Ustaz Ebit Lew terbitan Transform Publication. 11 AMALAN MEMILIKI KEKAYAAN RM30 Kekayaan dan kemewahan merupakan impian setiap yang bernama manusia. Keinginan yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai satu motivasi penggerak diri setiap manusia agar mengejarnya. Malah syurga itu sendiri dihiasi dengan pelbagai bentuk gambaran kemewahan sebagai simbol perlambangan kepada kekayaan yang berprestij agar menjadi impian bagi setiap yangbergelar manusia mengejarnya. Begitu juga halnya di dalam kehidupan di dunia ini semua orang juga menginginkan perkara yang sama. Namun ramai juga yang kecundang kerana amalan yang silap hingga Allah SWT memberi taraf tidak layak untuk memperolehinya. Bagi Rasulullah SAW dan para sahabat Rhum, mereka golongan yang layak untuk bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu, buku ini ditulis untuk mengupas urusan kehidupan seharian yang kita sedang jalani agar dapat disuntik dengan amalan yang betul agar layak dan berhak untuk memili...