Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang (Ustazah Nuraini Shahbuddin @journalingbonda)

Kak Hif nak kongsi satu buku berkenaan al-Quran yang sangat sangat mesra pembaca. Grafiknya cantik, kemas tersusun dan mudah difahami. Warnanya pun ceria dan bersemangat untuk pembaca lebih memahami isi kandungan Quran dengan cara yang santai tetapi padat. Buku  ini hasil nota Ustazah Nuraini Shahbuddin melalui IG @journalingbonda . Tajuk buku ini adalah Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang.   Buku ini mengandungi  40 infografik tadabbur dan huraian ayat al-Quran  yang dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi seorang hamba dalam meniti perjuangan kehidupan. Buku ini juga dilengkapi ruangan DIY Tadabbur beserta panduan, dilampirkan istimewa buat para pembaca agar berpeluang mentadabbur lebih banyak lagi ayat al-Quran yang boleh dijadikan inspirasl kehidupan. BELI DENGAN HARGA DISKAUN, KLIK SINI. PEMBELIAN MELALUI WHATSAPP, KLIK SINI. LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Al-Quran Multazam Waqaf & Ibtida

Satu yang Kak Hif suka tentang Al-Quran Multazam ni, saiznya sedap dipegang. Bila dibuka, tak mudah tertutup dan tulisannya pun jelas dan cukup besar untuk mata Kak Hif. Selain ada terjemahan dan tafsir Quran sekali, ia juga ada perkongsian hadis-hadis, Asmaul Husna, asbabun nuzul (sebab ayat tersebut diturunkan) dan doa-doa yang sangat baik untuk diamalkan. Contoh, dalam Surah Hud, ada doa yang berkaitan dengan nama Allah, Al-Majid (Yang Maha Pengasih), perkongsian doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika bangun solat malam. Antara amalan Rasulullah SAW semasa solat malam yang kita boleh ikut: 1. Bertakbir 2. Membaca doa pertama: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memuji-Mu, Maha Berkah nama-Mu dan Maha Tinggi kebesaran-Mu, dan tiada Tuhan melainkan Engkau." 3. Membaca Lailahaillallah 3 kali 4. Membaca Allahuakbarkabiro 3 kali 5. Membaca doa kedua: "Aku berlindung kepada Allah, Zat Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari umpatannya...

Resensi Buku: Rak Buku Ruang Tamu

Judul : Rak Buku Ruang Tamu Penerbit : Dua Penulis PLT, Metro Media Solutions Penyelenggara: Zalila Isa, Norsa'adah Ahmad, Noor Hayati Yasmin Tahun : 2022 ISBN : 9789672435020 Jumlah halaman : 244  Harga: RM30 ******************************************************************************* Blurb Mestikah buku diletakkan di ruang tamu? Adakah ia melambangkan intektual si tuan rumah? Bibliofil mempunyai kisah tersendiri tentang buku dan rak buku. Ada buku ditemui di pergunungan sampah. Ada pula yang diintai-intai di kedai buku. Ada buku menghuni rak peribadi. Aa buku tersusun indah di perpustakaan sekolah. Ada buku menjadi teman akrab zaman kecil. Ada buku yang menenangkan, ada buku yang menggoncang fikiran. Ada buku menyimpan kenangan lama, ada buku mencatat pengalaman semasa. Ada buku di ruang tamu. Ada buku di mana-mana. Himpunan 39 catatan tentang buku ini, bukan sekadar kisah buku dan pencintanya sahaja. Ia meneroka zaman ke zaman, tanpa mengira usia dan latar belakang pendidik...