Saturday 25 May 2024

Resensi Buku: Rak Buku Ruang Tamu


Judul: Rak Buku Ruang Tamu
Penerbit: Dua Penulis PLT, Metro Media Solutions
Penyelenggara: Zalila Isa, Norsa'adah Ahmad, Noor Hayati Yasmin
Tahun: 2022
ISBN: 9789672435020
Jumlah halaman: 244 
Harga: RM30

*******************************************************************************

Blurb

Mestikah buku diletakkan di ruang tamu? Adakah ia melambangkan intektual si tuan rumah?

Bibliofil mempunyai kisah tersendiri tentang buku dan rak buku. Ada buku ditemui di pergunungan sampah. Ada pula yang diintai-intai di kedai buku. Ada buku menghuni rak peribadi. Aa buku tersusun indah di perpustakaan sekolah. Ada buku menjadi teman akrab zaman kecil. Ada buku yang menenangkan, ada buku yang menggoncang fikiran. Ada buku menyimpan kenangan lama, ada buku mencatat pengalaman semasa. Ada buku di ruang tamu. Ada buku di mana-mana.

Himpunan 39 catatan tentang buku ini, bukan sekadar kisah buku dan pencintanya sahaja. Ia meneroka zaman ke zaman, tanpa mengira usia dan latar belakang pendidikan, mengikut pembaca melangkaui sempadan dan lokasi - di mana-mana buku memberi inspirasi.




Keterangan kulit buku:
Imej wanita memegang buku dengan gambar jendela pada kulit depannya beserta burung-burung, awan, serpihan abjad juga cakerawala memberi simbolik buku sebagai gerbang kebebasan fikiran dna imaginasi pembaca.

Kulit buku direka oleh Emila Yusof.

********************************************************************************

Kandungan:
  1. Pergunungan Sampah - Nilam Tang
  2. Impian Kecil Ayuni - Nur Azwani Ali
  3. Rumah Kertas Abah - Abd Razak Husin
  4. Rak Buku Mak Senget - Zaharilah Abdul Kadir
  5. Usah Dibuang, Sayang! - Zaila Hafni
  6. Menyatakan Rahsia Rindu - Yan Yahaya
  7. Nukilan Budak Hitam - Dr. Azyanzuhaila Hasan Basri
  8. Dari Rak Buku ke Rak Dunia - Aisyah Murad
  9. Prakarsa Azlia - Zalila Isa
  10. Buku Percuma - Zaihanim Zainal Abidin
  11. Kekasihku Seorang Buku - Mohd Helmi Ahmad
  12. Kalaulah Buku Mampu Berkata-kata - Fareesha Rahman
  13. Ronna dan Koleksi Buku - Sarimah Othman
  14. Aku, Buku dan Rak Buku - Ummu Ahmadain
  15. Istimewanya Rak Bukuku - Mass Ruhaiza Ali @ Hamid
  16. Amanda - Salasiah Sabran
  17. Aku Sebuah Rak Buku - NA Ismail
  18. Yang Terbuku di Kalbu - M Mascitah Mansor
  19. Ruang Kecil Rak Buku - Najihah Faizah Azaman
  20. Perempuan di Ruang Tamu - Begum Irdawati
  21. Billy - Emila Yusof
  22. Minimalis Buku - Norsa'adah Ahmad
  23. Obsesi  - Shimah Basri
  24. Rak Buku Abah - Noor Izam Mohd Fadzil
  25. Mak, Adik Rindu - Noraziah Ramli
  26. Avalanche Buku dan Imaginasi Rakyat Kecil - Mimi Salleh
  27. Rak Buku di Bawah Bantal - Nadiyah Hashim
  28. Terima Kasih, Heidi - Moon Nasri
  29. Rak Buku Umar - Hafizuddin Ghazali
  30. Vintage Books - Mohd Yatim Dolir
  31. Misteri Rak Buku - Nawal Adnin
  32. Rak Buku dalam Manga dan Animasi Jepun - Muhammad Izzat Md Isa
  33. Lelaki di Rak Buku - Noor Hayati Yasmin
  34. Buku, Tabung Buluh dan Rak - Syarifah Salha Syed Ahmad
  35. Buku Membentuk Peribadi - Eve Mhd
  36. Rak Buku oh Rak Buku - Jasmine Jamani
  37. Buku di Menara Gading - Ahmad Sunawari Long
  38. Jangan Pinjam Buku Saya - Rozlan Mohamed Nor
  39. Lembaran Aksara yang Hilang - Masriyah Misni
*********************************************************************************

Resensi Buku oleh Zaila Hafni

Kulit muka depan yang cantik menawan, direka oleh ilustrator tersohor, Emila Yusof. Warna kuning pula sangat menarik perhatian dan 'garang'. Barisan penulis juga hebat belaka, dengan beberapa nama merupakan mereka yang aktif dalam bidang perbukuan dan penulisan.

Tumpang bangga dapat berkongsi karya dengan mereka dalam naskhah ini.

Setiap orang pasti ada kisah masing-masing berkaitan buku. Tak kiralah sama ada suka beli buku, suka pinjam buku, suka baca buku orang, buku yang mengubah kehidupan, buku yang paling sayang, kenangan lucu dengan buku dan sebagainya.

Antara karya yang mencuit hati dan wajib baca, karya 'Buku Percuma' oleh Zaihanim Zainal Abidin. Tersenyum-senyum membacanya, ada plot twist di penghujung cerita. Kisah pengunjung kedai buku kena 'scam' dengan anak tauke kedai buku. Haha

Satu lagi karya oleh Rozlan Mohamed Nor, 'Jangan Pinjam Buku Saya'. Faham sangat situasi ini. Terkadang bukan tak mahu bagi tapi biasanya tak dipulang kembali. Huhu

Karya Billy oleh pereka kulit muka depan, Emila Yusof pula, bukan tentang manusia tapi tentang rak buku. Baru tahu sejarah rak buku daripada kedai perabot terkenal, kalau tak, beli dan susun je!

Kisah saya pula, tentang perpustakaan mini bawah tangga serta koleksi buku yang sayang nak dilepaskan biarpun menara buku di rumah dah makin mencecah siling. Rezeki berjodoh dengan pasangan yang pandai memanfaatkan ruang terhad menjadi tempat yang menenangkan jiwa. Jemput baca kisah saya di halaman 29.

Lain-lain karya yang saya suka: Pergunungan Sampah, Rak Buku Mak Senget, Minimalis Buku, Rak Buku di Bawah Bantal dan Lelaki di Rak Buku. 

Rugi kalau tak baca. Lagi-lagi kalau kalian peminat buku atau pembaca buku tegar. Wajib baca semua cerita. Setakat ini, tiada perancangan penerbit untuk ulang cetak melainkan ada permintaan. Masih ada beberapa naskhah dalam simpanan saya, kalau nak dapatkan, boleh klik link di bawah.


UNTUK BELI BUKU INI DI SHOPEE, KLIK DI SINI.

LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore