Tuesday 11 June 2024

Al-Quran Multazam Waqaf & Ibtida


Satu yang Kak Hif suka tentang Al-Quran Multazam ni, saiznya sedap dipegang. Bila dibuka, tak mudah tertutup dan tulisannya pun jelas dan cukup besar untuk mata Kak Hif.

Selain ada terjemahan dan tafsir Quran sekali, ia juga ada perkongsian hadis-hadis, Asmaul Husna, asbabun nuzul (sebab ayat tersebut diturunkan) dan doa-doa yang sangat baik untuk diamalkan.

Contoh, dalam Surah Hud, ada doa yang berkaitan dengan nama Allah, Al-Majid (Yang Maha Pengasih), perkongsian doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika bangun solat malam.




Antara amalan Rasulullah SAW semasa solat malam yang kita boleh ikut:

1. Bertakbir

2. Membaca doa pertama:

"Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memuji-Mu, Maha Berkah nama-Mu dan Maha Tinggi kebesaran-Mu, dan tiada Tuhan melainkan Engkau."

3. Membaca Lailahaillallah 3 kali

4. Membaca Allahuakbarkabiro 3 kali

5. Membaca doa kedua:

"Aku berlindung kepada Allah, Zat Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari umpatannya, kesombongannya dan hembusannya."





Quran ini bersaiz A5. Secara peribadi, Kak Hif suka saiz begini. Tak terlalu besar, tak terlalu kecil. Sedang elok.

Ada saiz A6 juga yang lebih kecil, sesuai untuk dibawa ke mana-mana atau dibaca dalam kereta.



Ini cover lama.

Dalam Quran ni, ada nota tajwid juga. Selain tu ada panduan untuk kita berhenti dan mengulang ayat, ikut je tanda hijau atau merah. 




Baca ayat, baca terjemahan dan tafsir sekali. Kak Hif gandingkan dengan buku nota My Tadabbur Diary yang didatangkan dalam pakej buku Ustaz Syaari Abd Rahman. Dah lama beli. Mudah nak rujuk nota sendiri.



Ini cover terkini. Corak marble marble gitu. Cantik sangat! 

Ada 5 warna. Galaxy, Blue, Mint Green, Green dan Grey. Pilih nak saiz A5 (sederhana) atau A6 (kecil).

Yang saiz A5 harganya RM40 dan A6 harganya RM25.

Berbaloi sangat untuk kegunaan sendiri atau nak hadiahkan untuk orang tersayang.

Kalau nak beli online, BOLEH KLIK SINI ya.





LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE   
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore