Monday, 26 September 2016

Peluang Bersedekah

Menurut Za'ba dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, berkenaan sedekah:

"Di sini eloklah juga diambil ingatan bahawa yang dikatakan 'sedekah' itu bukanlah sahaja sedekah memberi-beri wang dan barang kepada orang susah seperti yang perkataan itu bermakna dalam Bahasa Melayu.

Misal perbuatan bukanlah mesti yang besar-besar sahaja, samalah perkara-perkara yang kecil pun:

- membuang duri atau paku atau najis dari tengah jalan; dan
- seperti menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang yang ketakutan; juga
- seperti mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada orang sakit, orang kematian, kehilangan atau kemalangan.

Demikian pula menolong binatang yang kesusahan.

Semuanya daripada jenis sedekah belaka, dari yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya."

---

Jadi lakukanlah kebaikan tak kira kecil atau besar, kerana ia akan dianggap sedekah.

Jika tidak mampu bersedekah wang ringgit, maka berbuatlah baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

Semua manusia mempunyai ruang dan peluang untuk bersedekah.

---

Tajuk buku: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri
Penulis: Za'ba (Pengenalan oleh Asmah Hj Omar)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: RM15 (tak termasuk pos)

Untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi 019 460 3094 .

No comments:

Post a Comment