Friday, 16 September 2016

Kombo Terbaik Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan

Nama Prof Muhd Kamil Ibrahim dan isteri, Puan Roza Roslan rasanya tak perlu diperkenalkan lebih lanjut lagi.

Pasangan pensyarah dan penulis yang aktif ini banyak berkongsi pengalaman hidup dan motivasi sebagai panduan kita bersama.

* * *

Komen Prof Muhd Kamil tentang buku Travelog Haji, Mengusik Hati:

Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji  (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.

Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.

THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.

TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.

Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.

Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. 

Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.

* * *

Buku Kandil di Kaki Gunung karya Puan Roza Roslan juga merupakan kompilasi 3 buah travelog berikut:
1. Travelog Cinta Abadi
2. Travelog Impian Abadi
3. Travelog Kehidupan Abadi

Ikuti komen daripada mereka yang telah membaca buku ini.

"Ada banyak doa yang terkandung dalam buku ini. Doa-doa itu dapat digunakan sesiapa sahaja yang membacanya. Berdoa tidak semestinya dalam bahasa Arab, malah bukankah doa itu menjadi lebih bermakna apabila kita berdoa dalam bahasa yang kita fahami."
- Nisah Haron, penulis dan peguam

"Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal suihat sesuai dengan ajaran Allah."
- Dr. Jeniri Amir, penulis dan pensyarah UNIMAS

"Roza tidak pernah mahu menjadi jaguh mahupun seorang wirawati. Secara sedar beliau menganggap dirinya sebagai insan yang tidak mustahak dan ramakan pengalamannya adalah kisah biasa-biasa yang dilalui oleh seorang yang juga biasa-biasa. Namun, yang biasa-biasa itulah menarik dan luar biasa sehingga kita ketawa dan menitiskan air mata sambil tertanya-tanya peranan dan kehadiran diri kita di dalamnya."
- Prof. Dr. Hatta Azad Khan, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

===============================

Dapatkan kombo buku Prof Muhd Kamil dan Puan Roza Roslan (Travelog Haji dan Kandil di Kaki Gunung) dengan harga promosi RM80 sahaja (harga asal RM100).


Pesanan boleh dibuat di SINI .

No comments:

Post a Comment