Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Buku Mat Luthfi: Beli 1 Percuma 1

BUKU 1: CATATAN MATLUTHFI Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia. Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya. Buku ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim, dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri.  Siapa MatLuthfi? Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang. Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh. Matluthfi mula...

The 3rd Alternative, Stephen Covey

SINOPSIS "Kita boleh selesaikan masalah ini dengan"cara saya" ataupun "cara awak". Pilihlah" Kita pasti selalu mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini dalam kebanyakan "perbincangan masalah", bukan? Selama ini, hanya dua alternatif itu yang kita gunakan dalam menangani konflik. Pilihan persetujuan yang dicapai demi menyelesaikan konflik juga ada dua, sama ada berkompromi ataupun pergaduhan.  Memilih untuk berkompromi bermaksud sekadar menghentikan pergaduhan, tanpa sebarang jalan penyelesaian yang mampu memuaskan hati kedua-dua pihak. Situasi menang-menang? Mustahil untuk dicapai. Menerusi kisah-kisah penuh inspirasi yang dikongsikan dalam 3rd Alternative, Dr. Covey membuktikan bahawa pemikiran alternatif ketiga bukan sekadar menyelesaikan konflik, malah mengubah konflik menjadi suatu yang positif. Selamat tinggal konflik. Selamat jalan kompromi. Selamat datang alternatif ketiga!   ISI KANDUNGAN   1. Titik Peralihan 2. Alternatif Ketiga: Prinsip,...

Fahami Aku Sayang, Dengari Aku Abang

SINOPSIS & REVIEW FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan. Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan.  Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan s...

Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah - Bimbingan Lengkap Solat

SINOPSIS Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati.  Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna.  Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi. Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku pandu...