Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu

Teks & Foto: Hifzaila Hafni Dengan kemajuan teknologi dan kepantasan memperoleh maklumat zaman kini, dalam tak sedar ada sebilangan kita mengambil kesempatan dan menyebarkan sesuatu info tanpa menyiasat atau mengkajinya terlebih dahulu. Ada maklumat yang disalin tampal semata, ada yang dicedok daripada sumber yang tak sahih atau misleading, ada juga yang direka-reka. Paling bahaya, maklumat berkaitan kesihatan atau penyakit. Salah makan ubat, salah fakta atau salah pilih rawatan memang mengundang tragedi. Buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu dan Ditipu ini, yang ditulis oleh tim Root of Science, memberi pencerahan dan penerangan yang banyak berkaitan sains yang sering disalah anggap atau salah faham. Kita dimomokkan dengan makan chia seed untuk kurus, minum teh rerama untuk cegah kanser, penggunaan foot patch untuk nyahtoksin. Benarkah semua ini? Dalam buku ini ada penjelasannya. Ringkas dan mudah difahami kerana maklumat diterangkan dalam bahasa orang awam. Turut dijelaskan...

No PC, No Jolok! Kongsi Kisah Wartawan

Ulasan buku oleh: Hifzaila Hafni Buku No PC, No Jolok! ini hasil tulisan Syahril A. Kadir, Shafizan Johari dan Ali Imran. Tuan Syahril kongsi pengalaman jadi wartawan jenayah. Seram baca bab banduan kena sebat. Dia dijemput tengok secara live cara banduan dikenakan hukuman sebatan. Tuan Shafizan kongsi cerita cover story peringkat antarabangsa. Pengalaman dia di Davos, menahan kesejukan demi berita. Pengalaman penuh emosi saat cover story tentang kehilangan MH370. Tuan Ali Imran, wartawan awam yang banyak kongsi kisah masyarakat. Kisah yang kita anggap biasa tapi diangkat menjadi rencana sekaligus beri kita sudut pandang yang berbeza tentang sesuatu isu. Paling suka cerita Ejen Pondok. Betapa masih ada golongan warga emas yang masih sihat bekerja, bukan untuk duit semata tetapi lebih kepada membantu rakan seusia. Oh cerita pasal bekas ahli parlimen Kepong juga! Bagus dibaca oleh calon dan bakal calon PRU. Hehe Para wartawan, teruskan berkongsi dan bukukan pe...