Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

The 3rd Alternative, Stephen Covey

SINOPSIS "Kita boleh selesaikan masalah ini dengan"cara saya" ataupun "cara awak". Pilihlah" Kita pasti selalu mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini dalam kebanyakan "perbincangan masalah", bukan? Selama ini, hanya dua alternatif itu yang kita gunakan dalam menangani konflik. Pilihan persetujuan yang dicapai demi menyelesaikan konflik juga ada dua, sama ada berkompromi ataupun pergaduhan.  Memilih untuk berkompromi bermaksud sekadar menghentikan pergaduhan, tanpa sebarang jalan penyelesaian yang mampu memuaskan hati kedua-dua pihak. Situasi menang-menang? Mustahil untuk dicapai. Menerusi kisah-kisah penuh inspirasi yang dikongsikan dalam 3rd Alternative, Dr. Covey membuktikan bahawa pemikiran alternatif ketiga bukan sekadar menyelesaikan konflik, malah mengubah konflik menjadi suatu yang positif. Selamat tinggal konflik. Selamat jalan kompromi. Selamat datang alternatif ketiga!   ISI KANDUNGAN   1. Titik Peralihan 2. Alternatif Ketiga: Prinsip,...

Fahami Aku Sayang, Dengari Aku Abang

SINOPSIS & REVIEW FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan. Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan.  Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan s...

Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah - Bimbingan Lengkap Solat

SINOPSIS Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati.  Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna.  Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi. Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku pandu...

Bahagianya Apabila Zakatmu Diterima Allah - Bimbingan Lengkap Zakat

Sinopsis Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya kamu membersihkan mereka dan menyucikan mereka, serta doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman untuk mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah At-Taubah, ayat 103)   Sedikit Ulasan penulis mengenai buku ini:   Zakat adalah rukun lslam yang bersifat umum. Disamping mengucapkan syahadah dan solat, barulah seseorang itu sah sebagai umat Islam. Dengan itu juga, keislaman mereka diperakui. Persoalannya, pengetahuan kaum Muslim perihal zakat pada umumnya hanya terbatas pada zakat fitrah.  Zakat harta contohnya, masih banyak yang belum difahami. Sedangkan zakat memainkan peranan penting dalam kehidupan, sama ada kepada pemberi penerima, mahupun harta yang dizakatkan.   Buku ini mudah, praktikal dan lengkap kerana pada setiap pembahasan berkenaan zakat dijelaskan 10 perkara iaitu definisi, syarat, hisab, dan kadar zakat.  S...