Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Menumpang Teduh Pohon Akasia

Tahukah anda kehebatan tentera Malaysia yang diselindungkan dunia sewaktu berlakunya kejadian Black Hawk Down? Pernahkah anda terfikir gelombang 4G telefon bimbit sentiasa penuh di gurun? Percayakah kembara Somaliland ini terpaksa merentasi 20 batang sungai? Walaupun rakyat Somaliland berbangsa Somali, serumpun rakyat Republik Somalia, namun mereka tidak mahu saling berkaitan. Tajuk: Menumpang Teduh Pohon Akasia Penulis: Muhammad Suhail Ahmad Penerbit: Karya Bestari Harga: RM28 tak termasuk pos Klik SINI untuk pembelian.

Memoir Sudirman yang Kukenali

Antara sebab Saodah Ismail menghasilkan buku ini adalah kerana kecewa dengan pelbagai pihak yang gagal menunaikan janji pasca kematian penghibur nombor 1 Asia itu. "Waktu Allahyarham meninggal, beliau 'dimandikan' dengan pelbagai janji antaranya nak buat institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak muda berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku." "Muzium tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan mati tak mahu. Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham." "Sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu sahaja." ---- Sudirman yang Kukenali Saodah Ismail RM29 tak termasuk pos ---- #sudirmanyangkukenali #memoir #biografi #kisahhidup #sudirman #hifbookstore #malaysiamembaca #merdeka

PROMOSI BUKU PUISI ITBM

BUKU PUISI ITBM PROMOSI MERDEKA  DISKAUN 10% 20 OGOS - 7 SEPTEMBER 2019 Harga asal: RM15 Harga promosi: RM13.50   SINOPSIS / SARI RANSANG dengan lenggang bahasa wanita dikongsinya pengalaman wanita dan kemanusiaan kekeluargaan dan ketuhanan teruji sebagai wanita gembira dan nestapa amarah atau imarah sulit atau sukar tetap menyantun dengan keindahan ##################################################### Harga asal: RM20 Harga promosi: RM18 Kumpulan Puisi: Apologia  disorotkan secara sinisisme dan bermakna serta mengandungi unsur falsafah pemikiran secara konotasi dan detonasi. Kumpulan puisi ini dibahagikan kepada dua fragmen, iaitu fragmen 1: menyoroti nurani insani dan fragmen 2: menyoroti maknawi duniawi. Dalam fragmen 1, puisi-puisi lebih berkisah dalam perenungan untuk menggalurkan sinisisme tentang diri dan keakukan yang dapat memberi erti manusiawi duniawi yakni berkaitan persoalan umum tetapi tetap mengu...

MERDEKA SALE: BUKU ITBM DISKAUN 10%

MERDEKA SALE! Promosi buku-buku ITBM sempena Merdeka! Diskaun 10% untuk buku terpilih, yang pastinya berbaloi dimiliki. Ada buku sastera, ilmiah, tip menulis dan membaca, rujukan terjemahan, sejarah, motivasi, pendidikan. Diskaun sah hingga 7 September sahaja. # bukumurah   # bukuonline   # malaysiamembaca   # itbm Untuk paparan lebih jelas, boleh ke FB Hif Bookstore . Untuk pesanan, sila KLIK SINI .

Tip Mengemas Rumah Bersama Hani

Pening kepala nak kemas rumah yang bersepah? Barang-barang terlalu banyak sampai tak tahu yang mana kena kemas dulu? Ikuti tip mudah mengemas rumah bersama Hani dalam video ini. Untuk lebih banyak tip mengurus rumah, boleh dapatkan buku ni. Kak Hif suka sebab buku ni praktikal, mudah diikut dan halamannya berwarna. Best! DARI PORTAL PTS Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan. Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya. Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan. DARI PORTAL BOOKCAFE Panduan lengkap ...

Journey Through the Qur'an: Edisi Bahasa Melayu

SINOPSIS Buku hebat yang diterjemah daripada karya asal Journey Through The Quran ini dibawakan khas dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pembaca memahami ayat-ayat al-Quran. Setiap surah akan disertakan dengan: sejarah ringkas penurunan ayat, jumlah ayat, jenis ayat, sebab penurunan, tema, hadis yang berkaitan, ekstrak doa-doa daripada surah tersebut. Perkataan-perkataan penting juga dikeluarkan dan diterjemahkan bagi membolehkan pembaca memperkasa perbendaharaan kata bahasa Arab yang diguna pakai dalam al-Quran. Paling utama, setiap surah akan disegmenkan ayat-ayatnya dan perceritaannya dalam bentuk PETA MINDA! --- REVIEW Kak Hif terus jatuh minat lepas baca 12 muka surat pertama. Bahagian awal, Pendahuluan, menceritakan latar belakang dan sejarah ringkas al-Quran. Definisi, fakta utama, ciri surah Makiyyah dan Madaniyyah, cara penyusunan al-Quran. Penyampaian yang ringkas, straight to the point tak membuatkan kita cepat bosan, tapi kit...

Tun M - Inilah Perjuangan, Catatan Idea dan Pemikiran Mahathir Mohamad

“Tun M - Inilah Perjuangan” adalah catatan peribadi penulis mengenai idea dan pemikiran tokoh dan negarawan terkemuka Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengkisahan ini bermula daripada pertemuan dengan budayawan dan tokoh bahasa Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa dari Kampung Rim, Jasin, Melaka yang mendorong permulaan usaha menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah perjuangan orang Melayu membina negara bangsa Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia; berjudul Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan pada 2006, seterusnya membawa kepada pertemuan penulis dengan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad. ISI KANDUNGAN Kata pengantar Pendahuluan Nota penerbit BAHAGIAN 1  : Bertatih Hari Ini, Esok Kita Berlari Maktab Kerjasama Malaysia: Tugasan Khas Peringatan Daripada Seorang Negarawan Kunjungan Ke Bandaraya Bersejarah Perjuangan Orang Melayu Jikalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Di Mana Boleh Mendapat Sagu Pertemuan Perta...

Throwback Thursday: Pinjam Buku di Khutub Khanah

Teks: Kak Hif Masa sekolah dulu, Kak Hif memang excited pergi library. Maklumlah boleh belek dan baca banyak buku tanpa susah kena beli. Kak Hif tak kisah walaupun tak dapat jadikan koleksi asalkan boleh baca. Seingat Kak Hif, selain perpustakaan sekolah, khutub khanah pun Kak Hif pergi nak pinjam buku. Masa sekolah rendah, memang enjoy baca Siri Salma, penyiasat 5 Sekawan ke apa namanya. Dan sewaktu dengannya lah. Zaman tu memang in sangatlah buku cerita macam tu. Daripada satu, satu buku Kak Hif pinjam. Khutub khanah tu kalau tak silap dia macam van yang bawak buku-buku tu. Perpustakaan bergerak la gitu. Seminggu sekali ke dua minggu sekali dia datang. Jadi kena habiskan baca dalam tempoh tu sebab nak kena pulangkan lepas tu boleh pinjam buku lain pulak. Kak Hif rasa salah satu faktor penyumbang minat membaca itulah dia - kehadiran perpustakaan bergerak dan buku bersiri yang menarik jalan ceritanya. Kita terdorong nak baca lebih lagi dan tak kisahlah walaupun lebih d...

Buku Terbaik daripada Penerbit Malaysia

Hif Bookstore merupakan sebuah kedai buku yang bergerak secara online. Memasarkan buku-buku terbaik terbitan tempatan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, PTS, Dubook Press, Mustread dan Galeri Ilmu. Ada juga buku-buku daripada penerbit lokal yang lain seperti ITBM dan Telaga Biru dan sebagainya. Mencari buku? Kami boleh bantu carikan buku kegemaran anda. Atau cadangkan buku yang terbaik untuk dijadikan koleksi. Ikut update terkini dan minta bantuan kami tentang buku yang dicari melalui: LIKE page kami di FB: Hif Bookstore FOLLOW di Instagram: Hif Bookstore Ikuti di blog: Hif Bookstore JOIN channel Telegram: jombacamalaysia

Berpantang Tradisional Melayu dan Moden

Apa yang ibu berpantang dapat daripada kombo ebook pantang ni? 1. Sebanyak 44 resipi pantang, merangkumi pelbagai resipi nasi, lauk, sayur, buah, jus. Bantu hilang buntu idea nak masak. 2. Dalam ebook resipi pantang, ada juga info tentang pemakanan sihat sepanjang pantang dan tip kembali langsing lepas bersalin. 3. Menu pantang yang simple dan sedap. Nak buat pun senang. Panduan berguna bagi penjaga ibu berpantang untuk siapkan makanan. 4. Ebook pantang tradisional dan moden, tebal tapi sangat berbaloi dibaca dan dihadamkan. Panduan lengkap dan terperinci cara berpantang orang dulu dan kepentingan setiap proses utama berpantang seperti berbengkung dan bertungku. 5. Menerangkan proses pantang Melayu dari mula hingga akhir, juga maklumat tambahan tentang penjagaan diri dan kesihatan setelah habis berpantang. Sangat sesuai bagi mereka yang pertama kali melalui proses berpantang, para perawat ibu dalam pantang, penjaga ibu berpantang dan para suami untuk dapat gambaran kasar tentang pr...

Konfesi Prebet Adam oleh Syahril A. Kadir

Benarkah pihak kesultanan Johor ada kaitan dalam kes Prebet Adam mengamuk yang mengorbankan seorang lelaki Melayu, Che Soh Che Mahmud di Chow Kit pada 1987? Malam sial Untuk Adam. Membunuh, dibunuh atau bunuh diri. Tajuk: Konfesi Prebet Adam Penerbit: Dubook Press Harga: RM30 (tak termasuk pos) Untuk membeli, KLIK SINI .