Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran

Tajuk buku: Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran- Penulis: Dato' Dr. Danial Zainal Abidin Penerbit: PTS ISBN: 978-967-411-990-4 Tahun: 2017 Harga: RM35 "Jalan menuju kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat Islam perlukan adalah al-Quran kerana ia adalah peta yang lengkap lagi selamat, malah sebuah peta yang aqwam (yang paling benar, paling adil dan paling tepat). Tiada sebarang bengkang-bengkok di dalamnya." Terdapat 36 TIP CEMERLANG yang diinspirasikan daripada ayat al-Quran, sebagai panduan untuk umat Islam praktikkan dalam kehidupan harian. Cemerlang dengan Menjadi Global Champion Cemerlang dengan Iman dan Takwa Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat Cemerlang dengan Ilmu Semasa Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran Cemerlang dengan Wawasan Cemerlang dengan Merancang Cemerlang dengan Ikhlas Cemerlang Berlandaskan Syariat Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat Cemerlang dengan Solat Cemerlang dengan Zikrullah Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah Cemerlang dengan T...

Kembara Menuju Allah, Buku Terbaharu Ustazah Asma' Harun

ANDA PEMINAT USTAZAH ASMA' HARUN? Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah. Ustazah Asma Harun 36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah. Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej...

Fahami Bacaan dalam Solatmu

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum. Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan...

Kombo Buku Ustaz Ebit Lew

Buku-buku terbaik Ustaz Ebit Lew terbitan Transform Publication. 11 AMALAN MEMILIKI KEKAYAAN RM30 Kekayaan dan kemewahan merupakan impian setiap yang bernama manusia. Keinginan yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai satu motivasi penggerak diri setiap manusia agar mengejarnya. Malah syurga itu sendiri dihiasi dengan pelbagai bentuk gambaran kemewahan sebagai simbol perlambangan kepada kekayaan yang berprestij agar menjadi impian bagi setiap yangbergelar manusia mengejarnya. Begitu juga halnya di dalam kehidupan di dunia ini semua orang juga menginginkan perkara yang sama. Namun ramai juga yang kecundang kerana amalan yang silap hingga Allah SWT memberi taraf tidak layak untuk memperolehinya. Bagi Rasulullah SAW dan para sahabat Rhum, mereka golongan yang layak untuk bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu, buku ini ditulis untuk mengupas urusan kehidupan seharian yang kita sedang jalani agar dapat disuntik dengan amalan yang betul agar layak dan berhak untuk memili...

Perempuan yang Baik-baik dalam Al-Quran

Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna. Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS. Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS. Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.  Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini  sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia. Perempuan yang Baik-baik dalam Al-Quran Syaari Ab Rahman RM35 tak termasuk pos Untuk dapatkan naskhah ini, boleh pm ke: Facebook Hif Book Store Instagram @hifbookstore

Lelaki yang Hebat-hebat dalam Al-Quran

Lelaki yang Hebat-hebat dalam Al-Quran Syaari Ab Rahman Sinopsis Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat. Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi. Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya. Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya. Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran. Untuk da...

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan

Hasrat membeli kereta terpaksa dilupakan. Dia perlu membayar yuran universiti adiknya. Puluhan ribu komisen diperolehi melalui jualan lot tanah.  Namun, duit itu digunakan untuk membina rumah ibu dan ayahnya.  Beliau juga membiaya pengajian 18 orang pelajar miskin dari Kemboja.  Benarlah janji Allah. Dengan SEDEKAH IKHLAS, Allah melipatgandakan pahala serta keberkatan rezeki kita. RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN Mohamad Azlan Al-Amin RM35 tak termasuk pos UNTUK MEMBELI, KLIK SINI  dan hantar pesanan🌷 #rahsiapengutipsampahjadijutawan #ejentanah #ejenhartanah #sedekah #rahsiajutawan #motivasihidup #motivasi

Urus Rumah with Hani

Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat. SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​ #KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan. Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya. Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.   Bagi kita bila mendengar orang menulis tentang ‘Tip Mengemas’, ‘Cara Susun Perabot di Rumah’ mungkin biasa bagi kita.  Tapi bagi sesetengah orang, mengemas juga ada falsafahnya yang tersendiri. ...

Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami

Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami - Hasan Mohd. Ali, PhD Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami.  Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten.  Daripada luahan pertama, ‘ iktiraflah kelelakianku ’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri. Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga.  Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan ...

Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan) - Hard Cover

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting.  Keistimewaan kitab ini: • Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik • Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah • Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta • Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan • Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia.  Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi , yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau a...