Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami

Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami - Hasan Mohd. Ali, PhD Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami.  Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten.  Daripada luahan pertama, ‘ iktiraflah kelelakianku ’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri. Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga.  Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan ...

Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan) - Hard Cover

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting.  Keistimewaan kitab ini: • Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik • Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah • Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta • Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan • Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia.  Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi , yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau a...

Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah: Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat

SINOPSIS / SARI RANSANG Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan. Adakah kita mengkaji sebab terjadi perkara sedemikian? Adakah kita pernah mendengar usaha semata-mata juga tidak menjaminkan kejayaan? Oleh itu, mari menerokai keajaiban dan kelebihan surah Al-Waqiah menerusi buku ini. Selain itu, pengarang turut menghuraikan teknik bagi mengamalkan surah Al-Waqiah secara istiqamah serta menerangkan tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah. ================= Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat ------------------------------------------ ISI KANDUNGAN Bab 01 Kelebihan-Kelebihan Surah di dalam Al-Quran Surah   Al-Fatihah Surah   Al-Baqarah Surah   Al-Kahfi Surah   Yasin Surah   Ad-Dukhan Surah   Al-Waqiah Surah   Al-Waqiah   Termasuk Surah   Makkiyah Asba...

Anda Bertanya Ustaz Menjawab: Mengenai Solat (Rohidzir Rais)

MUKADIMAH SOLAT SEMPURNA Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya. Solat untuk Semua Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini.  Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini.  Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan.  Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam. Solat, Pelerai Status Sosial amat meng...