Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Buku untuk Suami Isteri

Teks: Hif Bookstore Jadi suami dan isteri ni, bukanlah sepanjang masa tu seronok saja, ada masa turun naik, ada masa pasang surutnya juga. Ada masa kita happy, ada masa kita rasa down. Biasalah dalam rumah tangga, mana ada manis -manis diabetes saja semata-mata. Namun, yang pahit tu jugak bukanlah sentiasa tak baik, selalunya itulah yang akan tambah mengeratkan hubungan jika ditangani dengan berhemah dan betul. Kalau agak-agak buntu dengan masalah suami-isteri, nak mintak pandangan orang lain kadang-kadang segan (melainkan kes serius), boleh la baca buku-buku hal suami isteri ni. Mana tau boleh lega sikit gundah gulana atau membuka mata. Kadang tu isu yang berlaku lebih kurang sama je dengan pasangan lain, jadi mungkin boleh buat iktibar dan ambil pengajaran. 1. Suami Hensem Isteri Ohsem Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "Jimat Masa". Orang perempuan...

Bezanya Sistem Pendidikan di Finland Berbanding Malaysia

Teks: Hif Bookstore Finland memang terkenal dengan sistem pendidikan mereka yang dikatakan jauh lebih baik berbanding mana-mana negara di dunia.  Dalam artikel yang diterbitkan di portal The Sunday Morning Herald: "In Finland, children don't receive formal academic training until the age of seven. Until then, many are in day care and learn through play, songs, games and conversation. Most children walk or bike to school, even the youngest. School hours are short and homework is generally light." Baca artikel penuh di  SINI .  Bila baca artikel ni, teringat buku Bukan Salah Cikgu oleh Azmira Amran. Pelajar Universiti of Oulu, Finland ini mengikuti pengajian sarjana pendidikan di sana. Saudari Azmira berkongsi pemerhatiannya tentang sistem pendidikan di Finland.  Berikut review daripada salah seorang pembaca, Maisarah Mohd Pauzi yang diperolehi di Goodreads. "Wacana tentang sistem pendidikan yang dikupas dengan baik untuk bacaan m...

3 Buku Travelog yang Mesti Pengembara Muda Baca

Teks: Hif Bookstore Buku travelog nampaknya makin mendapat tempat dalam kalangan pembaca kini. Travelog berbentuk guide amat membantu pembaca dan pengembara untuk turut sama merasai pengalaman yang dilalui oleh si penulis (traveller). Antara buku travelog yang perlu dijadikan koleksi pengembara yang suka cabaran yang berbeza, berniat untuk mengembara ke kawasan berisiko atau terpencil yang jarang diterokai oleh kebanyakan pengembara, ini buku-buku travelog yang sesuai untuk anda. TRAVELOG 7 BENUA Kenali penulis-penulis dalam buku ini: BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia. NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua. IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp. RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan tel...

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah dengan Allah

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah Dengan Allah Kadangkala, soalan yang berdurasi satu saat ini cukup membuatkan suami isteri bersedih selama seminggu, sebulan, atau mungkin setahun. Mereka hanya mampu mempersoalkan, tetapi adakah mereka pernah berfikir tentang perasaan pasangan yang belum dikurniakan anak? Bersabarlah wahai mereka yang belum dikurniakan anak, kerana mempunyai anak bukanlah segalanya dalam kehidupan, sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati adalah fokus utama dalam hidup. Antara topik yang menarik dalam buku ini: ● Hadirnya mungkin nikmat, tiadanya bukan bererti musibah ● Kisah Nabi Ibrahim AS ● Jangan takut menjadi miskin kerana anak ● Bersabar, redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT ● Merancang masa depan andai tidak dikurniakan cahaya mata hingga usia tua ● Jangan bandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain ========================== Penulis: Salilah Saidon, Auni Aslah Mat Daud Penerbit: Must Read ...