Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Asyik Nak Salahkan Doktor? Baca Ini Dahulu Sebelum Buat Kesimpulan Sendiri

Ada orang yang mudah benar menyalahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku. Ada sesetengahnya mudah juga buat anggapan dan kesimpulan sendiri tanpa bertanya lanjut kepada pihak yang berkenaan, namun terus ambil langkah memviralkan sesuatu yang tidak pasti. Antara mereka yang sering menjadi mangsa keadaan ini adalah golongan petugas kesihatan seperti doktor dan jururawat, yang sering dipersalahkan dengan setiap tindakan atau nasihat  yang diberi kepada pesakit. Jangan terlalu mudah menyalahkan doktor atau jururawat atas tindakan yang mereka buat, jika tidak puas hati, boleh bertanya dahulu. Dan sedar lah, mereka juga manusia. Apa yang kita buat pada orang lain, tak mustahil juga akan berbalik kepada kita. Selami kerjaya mereka dan cuba fahami keadaan mereka sehari-hari dalam menyelamat dan merawat mereka yang memerlukan. ---------------------------------------- SIRI BUKU DIAGNOSIS Tajuk: Prognosis Penulis: Dr Jacknaim Penerbit: Dubook Press ...

Putus Asa Bila Bayi Sering Menangis? Baca Ini untuk Tenangkan Diri

Petikan artikel dan gambar daripada babycenter.com.my Bayi menangis, apa yang ibu bapa perlu lakukan? Lampin sudah ditukar, bayi sudah dipeluk dan dibedung, bayi sudahpun ditukar baju selesa, dan cukup menyusu. Namun masih menangis? Ikuti cadangan berikut untuk menenangkan diri anda di saat anda hampir putus asa memujuk anak yang menangis. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga  diri sendiri  supaya anda tidak rasa tertewas.  Di sini diberikan beberapa cadangan:  - Tarik nafas panjang. - Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.   - Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit. - Panggil kawan atau  saudara  untuk menda...

Peluang Nikmati Makanan Sedap Walaupun Alergi

Artikel daripada Harian Metro Online Beri peluang nikmati makanan enak Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my Pemakanan yang seimbang amat pen­ting untuk menjamin tumbesaran kanak-kanak.  Bagaimanapun, segelintir daripada mereka tidak dapat menikmati kesemua makanan kerana terdedah dengan alahan atau alergi yang menyebabkan kesan sampingan berbeza. Contohnya, kita digalakkan memakan pelbagai jenis kekacang kerana ia mengandungi banyak khasiat dan nutrisi penting untuk badan, tapi ada sesetengah tidak dapat mengambilnya kerana alahan. Bagi kanak-kanak, mungkin masalah alahan atau alergi ini akan menyukarkan mereka menikmati makanan yang diingini seperti kek misalnya, mungkin ada yang alah kepada gluten yang terkandung dalam tepung dan ini menyebabkan mereka tidak berpeluang merasai kek yang menyelerakan. Bagaimanapun, jika kena caranya banyak resipi makanan yang boleh diolah mengikut kreativiti oleh ibu bapa untuk anak yang mengalami masalah...