Teks & Foto: Kak Hif Mencari ketenangan di celah kegelisahan. Kak Hif yakin banyak dalam kalangan kita yang sangat perlukan ini. Rutin harian yang sibuk, tuntutan keluarga dan kerja -- jika tidak diurus dengan bijak dan berhemah akan mempengaruhi kesihatan kita secara tak langsung. Kak Hif ambil masa agak lama untuk selesai baca naskhah ini sebab tebal bukunya, hampir 450 muka surat. Tapi alhamdulillah, habis juga. Tip nak konsisten baca sampai habis: baca 1-2 muka surat setiap hari, selepas solat Subuh atau sebelum mula kerja. Antara kata-kata hikmah yang Kak Hif petik dalam buku ini, mudah-mudahan dapat menenangkan kekacauan jiwa, meredakan gelisah dan gundah-gulana, sekaligus memberi semangat baharu menghadapi sebarang ujian yang datang. Kata-kata hikmah dalam buku ini: 1. Kebenaran akan tetap menjadi kebenaran meskipun disampaikan oleh orang yang menentang kebenaran. (Ms 24) Kredit: Ustaz Dr Idris Sulaiman 2. Perubahan bermula dari dalam diri sendiri ! (Ms 34) Kredi...