Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Peluang Bersedekah

Menurut Za'ba dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, berkenaan sedekah: "Di sini eloklah juga diambil ingatan bahawa yang dikatakan 'sedekah' itu bukanlah sahaja sedekah memberi-beri wang dan barang kepada orang susah seperti yang perkataan itu bermakna dalam Bahasa Melayu. Misal perbuatan bukanlah mesti yang besar-besar sahaja, samalah perkara-perkara yang kecil pun: - membuang duri atau paku atau najis dari tengah jalan; dan - seperti menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang yang ketakutan; juga - seperti mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada orang sakit, orang kematian, kehilangan atau kemalangan. Demikian pula menolong binatang yang kesusahan. Semuanya daripada jenis sedekah belaka, dari yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya." --- Jadi lakukanlah kebaikan tak kira kecil atau besar, kerana ia akan dianggap sedekah. Jika tidak mampu bersedekah wang ring...

Buku Terkenal Di Langit

"Hari ini pakcik jumpa kamu, itu semua kerja Tuhan... Tuhan hantar kamu untuk jumpa pakcik, suap makanan ke mulut pakcik, beri pakcik air, beri baju, kain pelikat, semua kerja Tuhan. Masa pakcik kuat kerja dulu, pakcik mencari duit untuk makan, sekarang masa pakcik tidur pun kamu kejutkan pakcik suruh makan, itu bukan kerja Tuhan namanya?" "Ya pakcik.." "Pakcik mahu terkenal di langit.." Beliau menyambung dengan suara yang semakin perlahan. Saya hanya diamkan diri dan terus menyuapnya. Ini himpunan kisah seorang manusia yang matanya memandang setiap susuk yang bakal muncul di hadapannya sebagai si "malaikat" yang membantunya menambahkan pahala atau si "syaitan" yang membuatkannya menambahkan dosa. Ada sesuatu yang kita akan belajar daripadanya. "Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah jalan-jalan ke syurga atau lauan-laluan ke neraka." Mimpi kita mungkin sama. Mahu nama kita TERKENAL DI LANGIT. * * * ...

Perginya Ulama dan Ilmuan Dato' Dr Haron Din

Ulama yang pergi, tetap pergi, tetapi ilmu yang dikongsikan tetap ada dan hidup untuk mereka yang ditinggalkan. Memetik status Facebook Tuan Zamri Mohamad: "Apakah yang ditinggalkan oleh seorang ulama yang bernama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yang menjadi contoh kepada komuniti penulis agar terus menulis dan memandaikan bangsa? Allahyarham menulis 64 buah buku (sehingga tahun 2010), 24 rencana (sehingga tahun 1984), menghasilkan 13 kertas kerja (sehingga tahun 1989) dan lima hasil penyelidikan (sehingga tahun 1992).  Ini angka-angka lama yang belum dikemaskini. Tetapi sudah cukup memberitahu kita sesuatu. Jasad mulia meninggalkan kita. Pada masa sama ditinggalkan buku-buku yang kekal di sini untuk semua." Zamri Mohamad Mula-mula kenal melalui buku Manusia dan Islam (1990) * * * Sumber: PTSMedia Selain buku Manusia dan Islam, yang mana Dato' Dr Haron Din merupakan ketua panel penulisnya, Allahyarham juga ada menulis buku-buku lai...

Kombo Terbaik Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan

Nama Prof Muhd Kamil Ibrahim dan isteri, Puan Roza Roslan rasanya tak perlu diperkenalkan lebih lanjut lagi. Pasangan pensyarah dan penulis yang aktif ini banyak berkongsi pengalaman hidup dan motivasi sebagai panduan kita bersama. * * * Komen Prof Muhd Kamil tentang buku Travelog Haji, Mengusik Hati: Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji  (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca. Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepa...

Power Parenting Melalui Majlis Taklim - Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew dalam sesi temu bual bersama majalah Anis, berkongsi tentang amalan menghidupkan majlis taklim di rumah sebagai salah satu cara mendidik jiwa anak-anak. Apakah itu majlis taklim? Boleh rujuk di sini . Antara poin penting untuk kita turut sama menghidupkan amalan taklim bersama keluarga menurut Ustaz Ebit Lew: 1. Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran, ibadat dan perkataan hikmah. Perkara ini boleh menarik rahmat Allah. 2. Mulakan di rumah dahulu bersama ahli keluarga. Lakukan secara konsisten selama 4 bulan, insha Allah ahli keluarga akan berubah. 3. Ayah atau ibu, siapa yang diberi kesedaran dahulu, boleh mulakan bersama anak-anak. Al-Quran dan hadis ini cahaya dan memberi kesan yang besar. 4. Tiada waktu khusus untuk jalankan taklim. Terpulang waktu yang sesuai bagi setiap keluarga. 5. Tatacara majlis taklim yang lengkap ♡ Dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan diperiksa bacaan dan tajwidnya ♡ Menceritakan kelebihan majlis taklim...

Hari Malaysia & Free Shiping

16 September, Hari Malaysia. Semoga negara kita sentiasa aman, makmur dan sejahtera. * * * Promosi FREE SHIPPING/POSTAGE! Untuk pembelian buku berjumlah RM80 ke atas, layak untuk menikmati promosi ini. Boleh pilih mana-mana buku yang terdapat di Hif Bookstore. Rujuk di sini: FB Hif Bookstore Instagram Hif Online Store Order dan bayar sebelum 23 September 2016, jam 3 petang. Penghantaran akan dibuat bermula 24 September 2016.