Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Mengapa Fuiyooo...Senangnya Sains (Tahun 1-6) Harus Dimiliki?

Fuiyoo...Senangnya Sains! Tahun 1-6 Oleh Kipas Hikmat • Konsep bukunya yang berwarna-warni, sempoi dengan kartunnya dengan cuba meminimakan penggunaan teks.  • Ada disertakan teknik mengingat/menghafal yang mudah. • Penulis sudah dikenali ramai di FB malah mempunyai ramai pengikut. • Koleksi siri bukunya merupakan best-seller dalam carta jualan buku umum. • Menggunakan pendekatan berbeza untuk menarik minat pelajar belajar iaitu dengan menggunakan kemahirannya melukis kartun dan mengaitkannya dengan topik pelajaran tertentu.  • Ditulis oleh penulis yang juga bekas guru & pelukis serta berpengalaman luas dalam mengajar Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia & Biologi.  Harga RM26 tak termasuk pos. Untuk dapatkan, boleh Whatsapp ke 019 460 3094 .

Kisah Benar Seorang Ibu yang Mendidik Anak Autistik

ANAKKU AUTISTIK! MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai 'kelainan' anak ini yang akhirnya disahkan autistik.  Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain. Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya?  Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini? Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan. Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih saya...

Buku Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemas Kini 2017, Puan Ainon Mohd

================= Format: Paperback Saiz: 8" x 8" ISBN-13: 978-967-481-035-1 Tarikh Terbit: 30 Apr 2017 Jumlah Muka Surat: 380 Penulis: Ainon Mohd ================= Memulakan Bisnes Sendiri adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna. Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar. Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan b...

Siri Jaguh Atlet Malaysia: Azizulhasni Awang, Nicol David dan Pandalela Rinong

Jaguh Atlet Malaysia: Azizulhasni Awang Format: Kulit Nipis ISBN:  9789674303181 Penulis: Chistie Marlowe Penterjemah: Zawiyah Mustafa Tahun Terbit: 2015 Jumlah Muka Surat: 30 =========================== Terkenal di seluruh dunia sebagai Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang ialah salah seorang atlet terkemuka Malaysia. Pelumba basikal kelahiran Dungun ini meraih banyak pingat dalam pertandingan antarabangsa kerana berjaya mengatasi beberapa pelumba basikal profesional terbaik di dunia. Seorang jaguh di tanah airnya, Azizul telah menunggang basikal selama beberapa tahun dan berusaha keras untuk menjadi pelumba terbaik dalam sukan ini.   Ikuti perjalanan Azizul daripada belajar menunggang basikal sehinggalah kepada memenangi pingat emas di kejohanan seluruh dunia lumba basikal. Ketahui juga tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh Pocket Rocket Man ini untuk berjaya - dan bagaimana beliau menangani kegagalan. --------------------------------------...

Buku Biografi Pengasas Alibaba Group, Jack Ma

Jack Ma: Pengasas Dan Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group (2017)  Edisi Bahasa Melayu Format: Kulit Nipis ISBN:  9789671287934 Penulis: Chen Wei Tahun Terbit: 2017 Jumlah Muka Surat: 327 ==================== Buku biografi ini ditulis oleh Chen Wei. Chen Wei mula berkenalan dengan Jack Ma 25 tahun yang lalu sejak menyertai kelas malam Bahasa Inggeris anjuran Kelab Bahasa Inggeris Hangzhou pada 1992.  Beliau menyertai Alibaba Group pada 2008 sebagai pembantu Jack Ma dan terus menyandang jawatan tersebut hingga kini selama sembilan tahun. Boleh dikatakan beliau ialah orang yang sangat mengenali dan paling rapat dengan Jack Ma. =============== Jack Ma: Founder And CEO of The Alibaba Group (2017) Edisi Bahasa Inggeris Format: Paperback ISBN:  9789671287927 Translator : Goh Hin San (Coordinator) Author: Chen Wei Year Published: 2017 Total Page: 198 ======================= Jack Ma is the Founder and CEO of the Alibaba Group, a privately owne...

30 Resipi Brownies Terbaik untuk Dicuba

Brownies Paling Agung oleh Khairul Hakimin Muhammad. Brownies adalah sejenis makanan berasaskan coklat dan boleh divariasi dengan kekacang, buah dan perasa. Brownies digemari ramai oleh seluruh masyarakat tidak mengira usia dan bangsa. Brownies kini menjadi semakin popular. Selain menjadi hidangan sampingan keluarga, ia turut menjadi hadiah hari jadi, hantaran pertunangan, cenderahati perkahwinan dan sebagainya. Buku ini mengandungi 30 resipi brownies. Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain. Penggunaan bahan-bahan yang cukup mudah didapati. Selain penerangan cara membuat yang sangat jelas dan simple mengikut turutan. Pembuatan brownies kini telah menjadi trend bisnes untuk dikomersilkan sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Selain dijual di kedai, brownies juga menjadi pilihan sebagai cenderahati tetamu dalam banyak majlis keramaian. Selain pe...

Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan

Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan Tarbiyatul Aulad  Jilid 1, Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan  persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak. Perbincangan meliputi: Perkahwinan adalah Pemilihan Terancang Kelebihan Orang yang Bersabar atas Kematian Anak Mendenda dan Memulaukan Anak dengan Tujuan Mendidik Mendahulukan Kepentingan Islam Melebihi Kecintaan kepada Anak Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir Faktor Keruntuhan Akhlak Anak-Anak dan Cara Mengatasinya Prinsip Dasar Rasulullah s.a.w. dalam Menjaga Peribadi dan Akhlak REVIEW Mencari pasangan hidup yang terbaik, inilah permulaan untuk mendidik anak yang terbaik. Pasangan yang hidup atas dasar cinta kerana Allah akan menjadikan Islam sebagai bekal pendidikan yang terbaik buat anak mereka. Dunia buku dan per...

Chicken Soup for the Soul (Edisi BM) - Berfikir Positif

Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif  Format: Paperback ISBN-13:  978-967-369- 144-9  Jumlah Muka Surat : 432 Berat : 0.55kg ================================== 101 cerita pendek yang berkesan di hati Kita akan tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup semakin bahagia. Hidup Semakin Ceria 101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita. Berkongsi Kebahagiaan Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita. Hati Semakin Tenang Ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati ...