Teks & Foto: Kak Hif Dengan adanya ilmu, manusia boleh bertindak dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Dengan itu, ilmu tersebut lebih difahami dan dapat disebarkan dengan lebih berkesan. Dalam buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) yang ditulis oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali ada penerangan bagaimana ilmu yang dimiliki mampu membuahkan amal. Antara inti pati penting dalam bab ini: 1. Ada dua ilmu : ilmu di hati, iaitu ilmu yang bermanfaat, dan ilmu di lisan, iaitu hujah Allah bagi manusia. Memetik kata-kata Bernard Shaw - "Jika anda mengajarkan sesuatu dengan kata-kata kepada seseorang maka dia selamanya takkan pernah belajar." Pengarahan lisan tidak akan membuatkan pengetahuan tersebut tahan lama. Menurut Dale Carnegie pula, "Cubalah, lakukankanlah dan praktikkan (apa yang tertulis dalam bukunya) pada setiap kesempatan yang anda miliki." 2. Amal atau tindakan nyata akan MENGHIDUPKAN hati dengan pengetahuan yang sedar dan aktif. Ilmu yang lahir daripada a...