Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Betulkah Semua Orang Boleh Jadi Usahawan?

Betulkah semua orang boleh jadi usahawan? Adakah modal yang cukup sudah menjamin bisnes saya berjaya? Ayah saya adalah usahawan berjaya, adakah saya juga akan berjaya sekiranya saya buka bisnes sendiri? Buku MEMULAKAN BISNES SENDIRI memberi panduan dan tip menarik bagi menjawab semua persoalan ini. Beberapa contoh kisah juga disertakan bagi memberi gambaran yang jelas cara mengatasi masalah dalam bisnes. Ia sesuai menjadi rujukan bagi sesiapa sahaja yang berminat memulakan bisnes sendiri dan ingin memperbaiki perjalanan bisnes sedia ada. Antara perkara menarik yang disentuh dalam buku ini: 1. Mitos dalam dunia bisnes 2. Bagaimana memilih calon isteri usahawan 3. Bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes 4. Bagaimana memilih rakan kongsi 5. Bagaimana syarikat dirompak 6. Perkara baik yang membahayakan 7. Restoran Cina dan restoran nasi Padang ============================ Bacaan wajib bakal usahawan. Buku terlaris PTS tahun 2006. Tajuk: Memulakan Bisnes Sendiri Penul...

Asyik Nak Salahkan Doktor? Baca Ini Dahulu Sebelum Buat Kesimpulan Sendiri

Ada orang yang mudah benar menyalahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku. Ada sesetengahnya mudah juga buat anggapan dan kesimpulan sendiri tanpa bertanya lanjut kepada pihak yang berkenaan, namun terus ambil langkah memviralkan sesuatu yang tidak pasti. Antara mereka yang sering menjadi mangsa keadaan ini adalah golongan petugas kesihatan seperti doktor dan jururawat, yang sering dipersalahkan dengan setiap tindakan atau nasihat  yang diberi kepada pesakit. Jangan terlalu mudah menyalahkan doktor atau jururawat atas tindakan yang mereka buat, jika tidak puas hati, boleh bertanya dahulu. Dan sedar lah, mereka juga manusia. Apa yang kita buat pada orang lain, tak mustahil juga akan berbalik kepada kita. Selami kerjaya mereka dan cuba fahami keadaan mereka sehari-hari dalam menyelamat dan merawat mereka yang memerlukan. ---------------------------------------- SIRI BUKU DIAGNOSIS Tajuk: Prognosis Penulis: Dr Jacknaim Penerbit: Dubook Press ...

Putus Asa Bila Bayi Sering Menangis? Baca Ini untuk Tenangkan Diri

Petikan artikel dan gambar daripada babycenter.com.my Bayi menangis, apa yang ibu bapa perlu lakukan? Lampin sudah ditukar, bayi sudah dipeluk dan dibedung, bayi sudahpun ditukar baju selesa, dan cukup menyusu. Namun masih menangis? Ikuti cadangan berikut untuk menenangkan diri anda di saat anda hampir putus asa memujuk anak yang menangis. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga  diri sendiri  supaya anda tidak rasa tertewas.  Di sini diberikan beberapa cadangan:  - Tarik nafas panjang. - Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.   - Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit. - Panggil kawan atau  saudara  untuk menda...

Peluang Nikmati Makanan Sedap Walaupun Alergi

Artikel daripada Harian Metro Online Beri peluang nikmati makanan enak Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my Pemakanan yang seimbang amat pen­ting untuk menjamin tumbesaran kanak-kanak.  Bagaimanapun, segelintir daripada mereka tidak dapat menikmati kesemua makanan kerana terdedah dengan alahan atau alergi yang menyebabkan kesan sampingan berbeza. Contohnya, kita digalakkan memakan pelbagai jenis kekacang kerana ia mengandungi banyak khasiat dan nutrisi penting untuk badan, tapi ada sesetengah tidak dapat mengambilnya kerana alahan. Bagi kanak-kanak, mungkin masalah alahan atau alergi ini akan menyukarkan mereka menikmati makanan yang diingini seperti kek misalnya, mungkin ada yang alah kepada gluten yang terkandung dalam tepung dan ini menyebabkan mereka tidak berpeluang merasai kek yang menyelerakan. Bagaimanapun, jika kena caranya banyak resipi makanan yang boleh diolah mengikut kreativiti oleh ibu bapa untuk anak yang mengalami masalah...

Peluang Bersedekah

Menurut Za'ba dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, berkenaan sedekah: "Di sini eloklah juga diambil ingatan bahawa yang dikatakan 'sedekah' itu bukanlah sahaja sedekah memberi-beri wang dan barang kepada orang susah seperti yang perkataan itu bermakna dalam Bahasa Melayu. Misal perbuatan bukanlah mesti yang besar-besar sahaja, samalah perkara-perkara yang kecil pun: - membuang duri atau paku atau najis dari tengah jalan; dan - seperti menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang yang ketakutan; juga - seperti mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada orang sakit, orang kematian, kehilangan atau kemalangan. Demikian pula menolong binatang yang kesusahan. Semuanya daripada jenis sedekah belaka, dari yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya." --- Jadi lakukanlah kebaikan tak kira kecil atau besar, kerana ia akan dianggap sedekah. Jika tidak mampu bersedekah wang ring...

Buku Terkenal Di Langit

"Hari ini pakcik jumpa kamu, itu semua kerja Tuhan... Tuhan hantar kamu untuk jumpa pakcik, suap makanan ke mulut pakcik, beri pakcik air, beri baju, kain pelikat, semua kerja Tuhan. Masa pakcik kuat kerja dulu, pakcik mencari duit untuk makan, sekarang masa pakcik tidur pun kamu kejutkan pakcik suruh makan, itu bukan kerja Tuhan namanya?" "Ya pakcik.." "Pakcik mahu terkenal di langit.." Beliau menyambung dengan suara yang semakin perlahan. Saya hanya diamkan diri dan terus menyuapnya. Ini himpunan kisah seorang manusia yang matanya memandang setiap susuk yang bakal muncul di hadapannya sebagai si "malaikat" yang membantunya menambahkan pahala atau si "syaitan" yang membuatkannya menambahkan dosa. Ada sesuatu yang kita akan belajar daripadanya. "Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah jalan-jalan ke syurga atau lauan-laluan ke neraka." Mimpi kita mungkin sama. Mahu nama kita TERKENAL DI LANGIT. * * * ...

Perginya Ulama dan Ilmuan Dato' Dr Haron Din

Ulama yang pergi, tetap pergi, tetapi ilmu yang dikongsikan tetap ada dan hidup untuk mereka yang ditinggalkan. Memetik status Facebook Tuan Zamri Mohamad: "Apakah yang ditinggalkan oleh seorang ulama yang bernama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yang menjadi contoh kepada komuniti penulis agar terus menulis dan memandaikan bangsa? Allahyarham menulis 64 buah buku (sehingga tahun 2010), 24 rencana (sehingga tahun 1984), menghasilkan 13 kertas kerja (sehingga tahun 1989) dan lima hasil penyelidikan (sehingga tahun 1992).  Ini angka-angka lama yang belum dikemaskini. Tetapi sudah cukup memberitahu kita sesuatu. Jasad mulia meninggalkan kita. Pada masa sama ditinggalkan buku-buku yang kekal di sini untuk semua." Zamri Mohamad Mula-mula kenal melalui buku Manusia dan Islam (1990) * * * Sumber: PTSMedia Selain buku Manusia dan Islam, yang mana Dato' Dr Haron Din merupakan ketua panel penulisnya, Allahyarham juga ada menulis buku-buku lai...

Kombo Terbaik Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan

Nama Prof Muhd Kamil Ibrahim dan isteri, Puan Roza Roslan rasanya tak perlu diperkenalkan lebih lanjut lagi. Pasangan pensyarah dan penulis yang aktif ini banyak berkongsi pengalaman hidup dan motivasi sebagai panduan kita bersama. * * * Komen Prof Muhd Kamil tentang buku Travelog Haji, Mengusik Hati: Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji  (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca. Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepa...

Power Parenting Melalui Majlis Taklim - Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew dalam sesi temu bual bersama majalah Anis, berkongsi tentang amalan menghidupkan majlis taklim di rumah sebagai salah satu cara mendidik jiwa anak-anak. Apakah itu majlis taklim? Boleh rujuk di sini . Antara poin penting untuk kita turut sama menghidupkan amalan taklim bersama keluarga menurut Ustaz Ebit Lew: 1. Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran, ibadat dan perkataan hikmah. Perkara ini boleh menarik rahmat Allah. 2. Mulakan di rumah dahulu bersama ahli keluarga. Lakukan secara konsisten selama 4 bulan, insha Allah ahli keluarga akan berubah. 3. Ayah atau ibu, siapa yang diberi kesedaran dahulu, boleh mulakan bersama anak-anak. Al-Quran dan hadis ini cahaya dan memberi kesan yang besar. 4. Tiada waktu khusus untuk jalankan taklim. Terpulang waktu yang sesuai bagi setiap keluarga. 5. Tatacara majlis taklim yang lengkap ♡ Dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan diperiksa bacaan dan tajwidnya ♡ Menceritakan kelebihan majlis taklim...

Hari Malaysia & Free Shiping

16 September, Hari Malaysia. Semoga negara kita sentiasa aman, makmur dan sejahtera. * * * Promosi FREE SHIPPING/POSTAGE! Untuk pembelian buku berjumlah RM80 ke atas, layak untuk menikmati promosi ini. Boleh pilih mana-mana buku yang terdapat di Hif Bookstore. Rujuk di sini: FB Hif Bookstore Instagram Hif Online Store Order dan bayar sebelum 23 September 2016, jam 3 petang. Penghantaran akan dibuat bermula 24 September 2016.

Buku untuk Suami Isteri

Teks: Hif Bookstore Jadi suami dan isteri ni, bukanlah sepanjang masa tu seronok saja, ada masa turun naik, ada masa pasang surutnya juga. Ada masa kita happy, ada masa kita rasa down. Biasalah dalam rumah tangga, mana ada manis -manis diabetes saja semata-mata. Namun, yang pahit tu jugak bukanlah sentiasa tak baik, selalunya itulah yang akan tambah mengeratkan hubungan jika ditangani dengan berhemah dan betul. Kalau agak-agak buntu dengan masalah suami-isteri, nak mintak pandangan orang lain kadang-kadang segan (melainkan kes serius), boleh la baca buku-buku hal suami isteri ni. Mana tau boleh lega sikit gundah gulana atau membuka mata. Kadang tu isu yang berlaku lebih kurang sama je dengan pasangan lain, jadi mungkin boleh buat iktibar dan ambil pengajaran. 1. Suami Hensem Isteri Ohsem Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "Jimat Masa". Orang perempuan...

Bezanya Sistem Pendidikan di Finland Berbanding Malaysia

Teks: Hif Bookstore Finland memang terkenal dengan sistem pendidikan mereka yang dikatakan jauh lebih baik berbanding mana-mana negara di dunia.  Dalam artikel yang diterbitkan di portal The Sunday Morning Herald: "In Finland, children don't receive formal academic training until the age of seven. Until then, many are in day care and learn through play, songs, games and conversation. Most children walk or bike to school, even the youngest. School hours are short and homework is generally light." Baca artikel penuh di  SINI .  Bila baca artikel ni, teringat buku Bukan Salah Cikgu oleh Azmira Amran. Pelajar Universiti of Oulu, Finland ini mengikuti pengajian sarjana pendidikan di sana. Saudari Azmira berkongsi pemerhatiannya tentang sistem pendidikan di Finland.  Berikut review daripada salah seorang pembaca, Maisarah Mohd Pauzi yang diperolehi di Goodreads. "Wacana tentang sistem pendidikan yang dikupas dengan baik untuk bacaan m...

3 Buku Travelog yang Mesti Pengembara Muda Baca

Teks: Hif Bookstore Buku travelog nampaknya makin mendapat tempat dalam kalangan pembaca kini. Travelog berbentuk guide amat membantu pembaca dan pengembara untuk turut sama merasai pengalaman yang dilalui oleh si penulis (traveller). Antara buku travelog yang perlu dijadikan koleksi pengembara yang suka cabaran yang berbeza, berniat untuk mengembara ke kawasan berisiko atau terpencil yang jarang diterokai oleh kebanyakan pengembara, ini buku-buku travelog yang sesuai untuk anda. TRAVELOG 7 BENUA Kenali penulis-penulis dalam buku ini: BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia. NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua. IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp. RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan tel...

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah dengan Allah

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah Dengan Allah Kadangkala, soalan yang berdurasi satu saat ini cukup membuatkan suami isteri bersedih selama seminggu, sebulan, atau mungkin setahun. Mereka hanya mampu mempersoalkan, tetapi adakah mereka pernah berfikir tentang perasaan pasangan yang belum dikurniakan anak? Bersabarlah wahai mereka yang belum dikurniakan anak, kerana mempunyai anak bukanlah segalanya dalam kehidupan, sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati adalah fokus utama dalam hidup. Antara topik yang menarik dalam buku ini: ● Hadirnya mungkin nikmat, tiadanya bukan bererti musibah ● Kisah Nabi Ibrahim AS ● Jangan takut menjadi miskin kerana anak ● Bersabar, redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT ● Merancang masa depan andai tidak dikurniakan cahaya mata hingga usia tua ● Jangan bandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain ========================== Penulis: Salilah Saidon, Auni Aslah Mat Daud Penerbit: Must Read ...

111 Resipi Aroma Herba Chef Hanieliza

Buku: 111 Resipi Aroma Herba Penulis: Chef Hanieliza Penerbit: PTS Publishing House Jumlah muka surat: 248 Harga: RM29.00 ========================= Sinopsis buku ----------- Rasai keunikan enam jenis herba yang diadun dalam 111 resipi dan semuanya dihimpunkan dalam sebuah buku. Herba-herba yang digunakan senang didapati dan pasti menambahkan kelazatan dalam masakan. Dimuatkan lebih daripada 150 gambar penyediaan dan tip-tip masakan yang menjamin resipi ini GERENTI JADI! Resipi kreatif oleh Chef Hanieliza membantu kita merancang menu harian berdasarkan jumlah hidangan. Isi Kandungan ------------ Bunga Kantan Sambal Ayam Bunga Kantan Urap Kacang Panjang Bunga Kantan Daun Kesum Asam Pedas Sotong Asam Rebus Daging Asam Rebus Sardin dan Nanas Ayam Sambal Daun Kesum Ayam Tumis Lemak Cili Api Daun Kesum Bening Betik Botok-Botok Ikan Daging Goreng Pedas Daun Kesum Gulai Daging Daun Kesum Gulai Udang Daun Kesum Ikan Bakar Bersambal Ikan Keli Gulai Berempah Daun K...